Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Dato Keramat Bil.1/2015 diadakan pada 5 Mei 2015, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat PKG Dato Keramat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah kawasan PKG Dato Keramat. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Status iQ-PSS, Laporan Bacaan Murid Sesi 2014, Tokoh NILAM, MBMMBI, Kampus Astro, Instrumen Penilaian PSS Edisi Mei 2014, Pencalonan GPM 2015. Pelaksanaan Aktiviti Literasi Maklumat dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Sunday, 28 June 2015
Tuesday, 23 June 2015
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARASAS BESTARI / GURI ICT PKG DATO KERAMAT BIL. 1/2015
Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Dato Keramat Bil.1/2015 diadakan pada 6 Mei 2015 (Rabu), pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Dato Keramat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Dato Keramat. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Penggunaan Talian Internet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2014, SSQS, Penyenggaraan Peralatan ICT, Pembekalan Netbook 1Malaysia dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Friday, 23 January 2015
Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015
Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI di adakan pada 14 Januari 2015 bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang betempat di Dewan Kuliah Utama IPGK Pulau Pinang.
Tujuan bengkel adalah untuk pededahan berkenaan bahan digital MBMMBI untuk sekolah berkenaan.
Seramai 7 orang Pegawai Teknologi Pendidikan 1, 3 orang Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan 4 orang Juruteknik Komputer PKG kawasan Pulau serta Ketua Panitia Bahasa Ingeris dan Bahasa Malaysia (SM) dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris (SK) dari semua sekolah kawasan pulau terlibat.
Tujuan bengkel adalah untuk pededahan berkenaan bahan digital MBMMBI untuk sekolah berkenaan.
Seramai 7 orang Pegawai Teknologi Pendidikan 1, 3 orang Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan 4 orang Juruteknik Komputer PKG kawasan Pulau serta Ketua Panitia Bahasa Ingeris dan Bahasa Malaysia (SM) dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris (SK) dari semua sekolah kawasan pulau terlibat.
Semasa Proses pendaftaran
Peserta mendengar taklimat
Taklimat oleh En. Hizam bin Ismail
Program ini berjalan dengan lancar.
Muat Turun : Bahan taklimat bengkel penyelarasan bahan MBMMBI
.....
Friday, 16 May 2014
Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Francis Light
Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Francis Light berlangsung pada 14 dan 15 Mei 2014. Tujuan khidmat bantu adalah berfokuskan kepada keceriaan dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 8 orang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG kawasan Pulau dan 4 orang guru dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)