Sunday, 28 June 2015

BENGKEL PENYELARASAN GURU NILAM YANG BARU DILANTIK TAHUN 2015

Bengkel Penyelarasan Guru NILAM Baru Dilantik Tahun 2015 telah diadakan pada 11 dan 12 Mei 2015 di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh 50 orang peserta bagi ahli sekolah PKG kawasan Pulau iaitu Guru NILAM Baru. Tujuan bengkel ini ialah guru diberi pendedahan tentang Program Nilam, Tahap Jauhari, Rakan Pembaca, Tokoh NILAm, sistem i-NILAM, pengemaskinian data sekolah dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Bersama ini disertakan link untuk muat turun bahan bengkel: https://goo.gl/pqIo0g

 Pn. Hafidzah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Dato' Keramat memberi slot Program NILAM






 En. Hizam - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelawai memberi slot Pengendalian Sistem i-NILAM












Sesi soal jawab dan khidmat kepakaran

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN MEDIA PKG DATO KERAMAT BIL. 1/2015


Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Dato Keramat Bil.1/2015 diadakan pada 5 Mei 2015, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat PKG Dato Keramat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah kawasan PKG Dato Keramat. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Status iQ-PSS, Laporan Bacaan Murid Sesi 2014, Tokoh NILAM, MBMMBI, Kampus Astro, Instrumen Penilaian PSS Edisi Mei 2014, Pencalonan GPM 2015. Pelaksanaan Aktiviti Literasi Maklumat dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.






Tuesday, 23 June 2015

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARASAS BESTARI / GURI ICT PKG DATO KERAMAT BIL. 1/2015

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Dato Keramat Bil.1/2015 diadakan pada 6 Mei 2015 (Rabu), pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Dato Keramat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Dato Keramat. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Penggunaan Talian Internet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2014, SSQS, Penyenggaraan Peralatan ICT, Pembekalan Netbook 1Malaysia dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


Friday, 23 January 2015

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI di adakan pada 14 Januari 2015 bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang betempat di Dewan Kuliah Utama IPGK Pulau Pinang.

Tujuan bengkel adalah untuk pededahan berkenaan bahan digital MBMMBI untuk sekolah berkenaan.

Seramai 7 orang Pegawai Teknologi Pendidikan 1, 3 orang Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan 4 orang Juruteknik Komputer PKG kawasan Pulau serta Ketua Panitia Bahasa Ingeris dan Bahasa Malaysia (SM) dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris (SK) dari semua sekolah kawasan pulau terlibat.


Semasa Proses pendaftaran



Peserta mendengar taklimat

Taklimat oleh En. Hizam bin Ismail 

Program ini berjalan dengan lancar. 

.....


Friday, 16 May 2014

Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Francis Light

Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Francis Light berlangsung pada 14 dan 15 Mei 2014. Tujuan khidmat bantu adalah berfokuskan kepada keceriaan dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 8 orang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG kawasan Pulau dan 4 orang guru dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini berjalan dengan lancar dan jaya.