Monday, 21 March 2016

Sunday, 28 June 2015

BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER PKG DATO KERAMAT

Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber PKG Dato Keramat berlangsung pada 8 - 11 Jun 2015. Tujuan khidmat bantu adalah berfokuskan kepada proses teknik bahan cetak serta bahan bukan cetak. Seramai dua orang Pegawai Teknologi Pendidikan, seorang Juruteknik Komputer dan tujuh Pembantu Tadbir dari PKG kawasan Pulau menyertai program kali ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan berjaya memproseskan bahan cetak dan bahan bukan cetak atas kerjasama khasnya Pembantu Tadbir PKG kawasan Pulau.














BENGKEL PENYELARASAN GURU NILAM YANG BARU DILANTIK TAHUN 2015

Bengkel Penyelarasan Guru NILAM Baru Dilantik Tahun 2015 telah diadakan pada 11 dan 12 Mei 2015 di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh 50 orang peserta bagi ahli sekolah PKG kawasan Pulau iaitu Guru NILAM Baru. Tujuan bengkel ini ialah guru diberi pendedahan tentang Program Nilam, Tahap Jauhari, Rakan Pembaca, Tokoh NILAm, sistem i-NILAM, pengemaskinian data sekolah dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Bersama ini disertakan link untuk muat turun bahan bengkel: https://goo.gl/pqIo0g

 Pn. Hafidzah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Dato' Keramat memberi slot Program NILAM






 En. Hizam - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelawai memberi slot Pengendalian Sistem i-NILAM












Sesi soal jawab dan khidmat kepakaran