![]() |
ICT DALAM PENDIDIKAN |
Gelombang 3 (2020 – 2025): mentakrif keperluan infrastruktur masa depan. Pada penghujungan
tahun 2020, semua sekolah dijangka telah mencapai standard minimum dasar bagi
infrakstruktur, kemudahan, dan peralatan yang telah ditentukan pada Gelombang
3. Sebelum pelaburan dalam infrastruktur seterusnya dibuat, Kementerian akan menilai
semula takrifan tentang keperluan infrastruktur sekolah. Perspektif awal
Kementerian tentang keperluan masa depan ini termasuklah akses kepada kemudahan
sukan dan ICT yang lebih maju, tertakluk kepada perubahan teknologi dan
pedagogi dalam jangka masa 10 tahun. Kementerian juga akan terus berusaha untuk
menukar sekolah dua sesi kepada sekolah satu sesi. Dalam melengkapkan kajian semula
ini, Kementerian akan terus melabur dalam menaik taraf kemudahan dan peralatan
sekolah yang perlu.
ICT DALAM PENDIDIKAN
Kementerian akan memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan
ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan untuk meningkatkan
pembelajaran mereka. Maka, Kementerian akan melaksanakannya dengan mengukuhkan
asas ICT sekolah sambil memperkenalkan penyelesaian ICT yang terbukti baik ke
dalam sistem pendidikan. Langkah yang akan diambil termasuk:
▪ Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar
dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital;
▪ Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh negara dengan capaian
Internet 4G dan platform pembelajaran maya (virtual learning platform) yang
boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa menerusi program 1BestariNet;
▪ Memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid;
▪ Meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1.
Nisbah ini mungkin boleh dikurangkan lagi
bergantung kepada pentaksiran impak
dan adanya dana; dan
▪ Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi
ICT seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (self-paced)
sebelum disebarkan ke seluruh negara Malaysia telah lama menyedari potensi
transformasi ICT dalam pendidikan.
Kajian semula UNESCO menyatakan bahawa
Malaysia adalah antara negara pertama di dunia yang mempunyai pelan strategik
ICT untuk sistem pendidikan. Kajian semula ini juga menyatakan terdapat
pelbagai dasar dan pelan yang hebat telah dibangunkan sejak 1990, termasuk
Pelan Strategik bagi Sekolah Bestari dan Dasar ICT dalam Pendidikan 2010.
Matlamatnya adalah untuk memanfaatkan potensi ICT dalam meningkatkan pemikiran yang
mendalam serta menambah baik kualiti keseluruhan pendidikanHasrat ini bukan sahaja setakat mengajar murid untuk mampu menggunakan
fungsi asas ICT seperti pemerosesan perkataan, Internet dan emel. ICT dalam
pendidikan seharusnya dapat membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi. Kementerian juga berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kecekapan cara penyampaian pendidikan berkualiti kepada kumpulan yang kurang
diberi perhatian seperti sekolah luar bandar dan sekolah kurang murid.
Sehubungan itu,salah satu daripada pelaburan modal yang paling tinggi pernah
dilaksanakan oleh Kementerian dalam dua dekad yang lepas ialah penyediaan infrastruktur
ICT untuk sekolah. Dari tahun 1999 hingga 2010, Kementerian melabur kira-kira
RM6 bilion untuk inisiatif ICT dalam pendidikan. Sebahagian besar dana tersebut
diperuntukkan kepada penyediaan makmal komputer tambahan bagi menyokong PPSMI
(RM2.6 bilion) dan membina makmal komputer di setiap sekolah (RM2.5 bilion).
Sebaliknya, kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian pada tahun 2010 mendapati
penggunaan ICT di sekolah adalah terhad. Kira-kira 80% guru menggunakan ICT
kurang daripada satu jam seminggu. Hanya satu pertiga murid menyatakan guru
mereka kerap menggunakan ICT.
Kajian semula UNESCO juga menyatakan bahawa
“walaupun ICT digunakan semasa pengajaran, dalam kebanyakan kes penggunaannya
masih belum menjangkau penggunaan aplikasi persembahan Power Point sebagai alat
pengajaran. Tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa ICT ini
digunakan untuk menggalakkan kemahiran seperti kreativiti, penyelesaian
masalah, dan pemikiran kritis dan komunikasiv dalam kalangan murid.”Alasan yang
diberikan tentang penggunaan ICT yang terbatas ini ialah perkakasan yang
disediakan tidak disertakan dengan latihan dan khidmat sokongan untuk sekolah,
seperti juru teknik untuk menyelenggara peralatan. Malah penyediaan latihan dan
sokongan lazimnya tidak berterusan dan berkekalan.Oleh itu, guru tidak bersedia
untuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan komputer dalam kerja harian mereka.
Dapatan ini setara dengan dapatan kajian antarabangsa yang mencadangkan kemudahan
mewah seperti makmal komputer, bilik darjah pintar, dan makmal sains hanya
berguna apabila guru dan murid tahu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
- 2025
No comments:
Post a Comment